Followers

Thursday, June 2, 2011

Ayat Nak Ayat Awekzz

Kaedah paling POWER nak ayat aweks

Nak ayat awek?
Memang aku tak sangkal ramai jejaka kat luar sana yang sepeysen dengan aku bila cerita pasal awek ni..ada tu tak berani nak cakap dengan awek, takde konfiden la, sampai gigil-gigil dan tersasul bila borak..jadi aku himpunkan beberapa tip dan cara yang mungkin boleh kita sama-sam guna pakai bila kita nak berhadapan dengan awek yang kita dah lama nak “approach” tapi tak dapat-dapat..jadi, jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama dia diambil orang!!ENJOY>>
1] Cari persamaan serentak antara kau dan awek tu. kalau kau mulakan perbualan, dari kau mula dengan mengomen tentang cuaca apa kata kau komen tentang kasut dia dan bagitau dia yang warna kasut yang dia pakai tu adalah warna kegemaran kau..tetapkan hubungan yang pantas dengan awek tu dengan cara kau cari persamaan yang sama…
2] Jadi sensitif..jangan sombong bila bercakap dengan awek..kalau kau bercakap dengan awek, bagitau kat dia yang dia “sense of style” atau dia tu kelakar, pandai@bijak..Jangan buat dia rasa terlalu objektif dan hanya komen terhadap bentuk fizikal atau rupa paras sahaja..Pastikan jangan cakap sesuatu yang boleh buat dia tersalah anggap..Contoh, jangan tanya awek tu adakah dia minum air gas jika dia tengah diet, sebab awek tu akan pikir yang kau anggap dia patut diet! Memang tak la awek tu nak diet:)
3] Buat awek tu rasa dia bijak..Jangan buat kenyataan seksis tentang wanita lebih bagus dari lelaki (sebab memang terang2 tu tak betol). Buat awek tu rasa macam kau pikir dia sama tahap pemikiran dengan kau atau setidak-tidaknya lebih 1 tahap dari kau..Cabar intelek dia..Mula borak tentang benda-benda yang dia tahu kau betul2 minat, tak kisah la pasal kezaliman terhadap haiwan terpelihara atau isu politik macam kat selatan Filipina.
4] Elakkan perlakuan yang terdesak. Bila bercakap dengan awek tu yang paling penting kau pastikan jangan tunjukkan yang kau terdesak sangat..Betul, memang bagus kalau kau puji awek tu dan buat dia rasa intimewa tapi ada batasan antara jadi baik dan “terlalu baik sangat” sampai buat awek tu takut.Benda terakhir yang kau nak awek tu panggil kau adalah “jantan gatal” atau “obses gila”!. Jangan buat macam awek tu je pilihan  yang kau ada, sebab tu yang akan buat dia tak layan kau. Adalah sangat penting untuk kau sedikit berahsia!
5] Lihat ke arah mata awek tu! Ini peraturan asas bila kita cakap pasal nak mengayat awek. Menten “eye-contact” yang konsisten, jangan buat macam kau dah hilang minat dan jangan fokus pada dada!!! Awek tu akan cop kau ni “pervert” dengan masalah penglihatan jika kau buat benda-benda tak senonoh tu. Dari mata jatuh ke hati tu sangat penting bila bercakap dengan awek!